Home Rencana PAS Sarawak

Iltizam Pemuda PAS Sarawak

283
SHARE

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

Hari ini, satu-satunya calon tunggal PAS Sarawak akan bertanding dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ke-12.

PAS Sarawak meletakkan calon anak muda, Mohammad Arifiriazul sebagai calon di N29 Beting Maro. Beliau merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sarawak dan bekas Ketua Pemuda PAS Sarawak.

Beliau juga merupakan bekas mahasiswa Universiti Teknologi Petronas(UTP) dalam bidang Sistem Maklumat dan sekarang menyambung ke peringkat Sarjana Pengurusan Perniagaan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kami, pemuda PAS Sarawak akan terus bekerja untuk memenangkan wakil tunggal PAS Sarawak kali ini.

Mohon doa kalian agar Mohd Arifiriazul diberi kekuatan dan kemenangan. Semoga pendekatan politik dakwah ini terus subur di bumi kenyalang ini InsyaAllah.

S M Salim Sharif
Ketua
Pemuda PAS Sarawak 2021-2023

#ArifPaijo
#NafasBaruBetingMaro
#PRNSarawak