Oleh: Ahmad Kautsar
ALOR GAJAH: Muslim Care bersama Khidmat Malaysia (Melaka) telah menjalankan ‘Program Jejak Asnaf Raya’ di Kampung Pantai Belimbing, Durian Tunggal di sini kelmarin.
Program diketuai oleh Mohsin Ibrahim, Bendahari Khidmat Malaysia telah melawat sebanyak 10 buah rumah untuk mengedarkan sumbangan berupa Kit Makanan.
Turut serta dalam program ini Omar Ahmad, Ketua Cawangan Pas Pantai Belimbing serta Wakil dari Muslim Care.