Home Artikel PAS Wilayah

Ziarah MOSWAY Dewan Muslimat PAS Kawasan Labuan

549
SHARE

Oleh : Nurhidayah Zamdee

KOTA KINABALU, Isnin : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Labuan (LKK DMPKL) telah mengadakan Ziarah Miskin OKU Sakit Warga Emas Armalah Yatim (MOSWAY) pada 6 Jun 2020 yang lalu di sekitar Labuan.

Turut serta dalam ziarah kali ini adalah Ketua Muslimat PAS Labuan sendiri, Puan Jarinah Awang Jaafar, Timbalan Ketua Muslimat merangkap Ketua LKK, Puan Haslinah Harris, dan Setiausaha LKK, Cik Nur’amalyna Eddrus.

 

Ziarah ini bertujuan untuk menghulurkan sedikit sumbangan berupa barangan asas dapur kepada golongan asnaf seperti ibu tunggal, orang kurang upaya (cacat penglihatan) serta mereka yang terjejas punca pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh Wabak COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia kini.

Justeru itu, seramai 10 orang telah menerima sumbangan pada ziarah kali ini masing-masing bertempat di Taman Mutiara, Batu Arang, Sungai Bangat, Kampung Muslim dan lain-lain.

LKK DMPKL berharap agar sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban dan membantu mereka yang dalam kesempitan masa ini.