Home Kenyataan Media PAS Melaka

Dirgahayu Tuanku | PAS Negeri Melaka

796
SHARE

Merafak sembah takzim Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 8 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441H.

Patik bagi pihak pimpinan dan seluruh ahli PAS Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah amat berbesar hati bersama rakyat jelata meraikan Hari Keputeraan Tuanku pada tahun ini, walau pun negara kita masih ‘berperang’ dengan wabak Covid-19.

Patik juga berdoa ke hadrat Allah SWT mudah-mudahan KDYMM Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta Putera-putera, Puteri-puteri dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat. Semoga KDYMM Tuanku dan KDYMM Tuanku Permaisuri  bersemayam di atas takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan, bagi memayungi rakyat dengan hidayah dan Syariat Ilahi.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.

Menjunjung kasih Tuanku.

USTAZ KAMARUDDIN SEDIK
Pesuruhjaya PAS Melaka
Penasihat Agama Kepada Ketua Menteri Melaka
7 Jun 2020


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)