Home Berita PAS Kelantan

Program Influencer @ Japen ‘Bermulanya Disini’

40
SHARE

WAKAF BHARU, 11 Sept: Hari ini telah diadakan Program Komunikasi Tindakan Setempat, Influencer @ Japen ‘Bermulanya Disini’ bersama Ketua Polis Negeri Kelantan, YDH CP Dato’ Hj Shafien bin Mamat yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.

Program sempena Ketua Polis Kelantan balik Kampung Halaman ini turut merasmikan sebatang jalan yang diabadikan sempena nama beliau di Kampung Jal Besar sebelum majlis penyampaian Jalur Gemilang kepada pengguna jalanraya yang melalui jalan utama Jal Besar.

Majlis seterusnya diadakan di Tanah Perkuburan Islam Jal Besar dimana Shafien menyempurnakan gimik menaiktaraf wakaf kubur dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk terpilih.

Program bersama dalam Influencer @ Japen ‘Bermulanya Disini’ turut disiarkan secara langsung di FB Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.