Home Rencana PAS Kelantan

Tempat pelancongan baru di Gua Musang: Gua Chiku 2

1061
SHARE

KEINDAHAN Gua Chiku 2 yang terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan Felda Chiku 2 Gua Musang, Kelantan menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan dan luar daerah ini.
Terletak kira-kira satu kilometer dari Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pengunjung akan mengambil masa selama satu hingga satu jam setengah untuk sampai ke puncak gua yang berketinggian 300 kaki.

Menerokai keindahan gua yang dianggarkan berusia ratusan tahun itu terdapat tujuh tingkat atau aras yang menyimpan pelbagai keunikan dan khazanah alam semula jadi.

Memasuki pintu gua sahaja, pengunjung sudah terpukau dengan struktur bentuk batu yang cantik, unik dan mempesonakan.
Di tingkat 1 Gua Chiku 2 itu terdapat pelbagai binatang dan benda unik berbentuk batu.

Antaranya ialah batu yang menyerupai bentuk gajah, ikan, katak, ular, cicak, burung helang, buaya, orang tidur, mahkota, kasut, saji dan air terjun tujuh tingkat.

Kredit: TIC KELANTAN
Kiriman Info: Aizat Ridzuan