Home Berita PAS Kedah

Program derma darah mendapat sambutan penduduk kampung

92
SHARE

POKOK SENA – Derma darah yang sungguhpun dianjurkan di kawasan pedalaman, namun para penduduk setempat menunjukkan solidariti dengan turut serta pada kempen diadakan.

Begitulah semangat ditunjukkan 32 penduduk yang hadir menawarkan diri sebagai penderma darah pada program dianjurkan julung kali di Kampung Kuala Lanjut, di sini baru-baru ini.

Walaupun hanya 20 penderma yang layak, ia melepasi sasaran untuk diberikan kepada Pusat Darah Negara Hospital Sultanah Bahiyah selaku pengendali program di PASTI Al-Ikhwan Kuala Lanjut ini.

Program anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Lanjut ini diadakan dengan kerjasama JPKK Gulau dan JPKK Nawa serta Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Bukit Lada.

Pengerusi JPKK Kuala Lanjut, Daud Omar berkata, sasaran pihaknya cuma 10 penderma, namun sambutan hingga 32 pendaftaran itu sememangnya cukup baik bagi kawasan kampung seperti itu.

Guru Besar Sekolah Integrasi Teras Islam Raudhatul As-Solihin, Zaid Morat turut memuji inisiatif yang memudahkan perdermaan tersebut bagi memenuhi keperluan darah.

ADUN Bukit Lada, Salim Mahmood yang hadir telah menyantuni penderma dan para petugas program ini