Home Berita PAS Kedah

Program Cabaran 100 Hari Turun Berat Badan

58
SHARE

 

 

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PEDU – Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pedu telah mengadakan Program Cabaran 100 Hari Turun Berat Badan buat kali kedua baru-baru ini.

Program tersebut  berakhir pada 25 Feb 2023 setelah cukup tempoh 100 hari perkiraan yang telah di tetapkan dan telah di rasmikan oleh ADUN Pedu YB.Hj.Mohd Radzi Md Amin.

YB berkata,”Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan.Tujuannya bagi memupuk semangat untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat dalam kalangan masyarakat”

“Semoga program ini bermanfaat kepada semua peserta yang terlibat. Insyaallah jika ada rezeki lagi kita akan laksanakan lagi pada masa akan datang”, ujar YB lagi.

Antara pemenang tempat pertama bagi kategori lelaki dimenangi oleh Muhammad Zulhelmi Mohd Nasirudin dengan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13.4 kg.

Manakala pemenang pertama bagi kategori perempuan dimenangi oleh Fairuz Hazwani Abdul Manaf dengan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16.1kg.

Kedua-dua pemenang tersebut  membawa pulang hadiah  berbentuk wang tunai,hamper dan sijil penyertaan.

Turut hadir bersama bagi meraikan program ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Padang Terap Puan Sariah Salam, Isteri YB Pedu Puan Noraini Ali, Pegawai Khas Adun Mohammad Bin Talib dan Ustaz Mohammad Bin Kassim.