Home Artikel PAS Johor

PROGRAM BERSAMA YB SENATOR USTAZAH ASMAK HUSIN

939
SHARE

PROGRAM BERSAMA YB SENATOR USTAZAH ASMAK HUSIN

MUAR : PAS Kawasan Muar telah mengadakan 3 slot serentak program bersama YB Senator Ustazah Asmak Husin, Ahli Dewan Negara di Pusat Komuniti PAS, Parit Tarom, Muar pada 27 Disember 2018 yang lalu.

Program bermula dengan Majlis Maulidurrasul dengan pengisian slot ceramah oleh YB Senator Ustazah Asmak Husin. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan qasidah oleh anak-anak Unit Amal dari Kumpulan Ar Rayyan.

Seterusnya majlis penyampaian sumbangan kembali ke sekolah kepada anak- anak dari keluarga yang kurang berkemampuan. YB Senator Ustazah Asmak dan YDP Kawasan Muar, Haji Abd Aziz Talib telah menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 160 orang penerima berupa beg sekolah, alat tulis dan wang tunai.

Sesi akhir program adalah slot perasmian Pasti Hadi, Parit Tarom yang akan mula dibuka pada awal 2019 nanti. Perasmian telah dilakukan oleh YB Senator Ustazah Asmak Husin.

Program dengan kerjasama DPP Muar, DMPK Muar, Jabatan Amal Muar, MGP Muar dan AJK Pengurusan Pasti Hadi berakhir pada jam 1.00 tengah hari.