Home Artikel PAS Perlis

DACS Perlis ‘Bersihkan Stadium’

305 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR: Sebagai tanda sokongan terhadap Pasukan Perlis Northern Lions, DACS Perlis yang bernaung di bawah Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis telah mengadakan kempen ‘Stadium Bersih’ di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, semalam.

Mereka telah melakukan aktiviti mengutip sampah di tempat duduk penonton secara bergotong-royong sebaik saja tamat perlawanan persahabatan menentang Pulau Pinang F.A. yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

ADUN Guar Sanji yang juga Penasihat DACS Perlis, YB Ustaz Ridzuan Hashim dan Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Muhmmad Azmir Azizan, antara yang turut sama menyertai kempen berkenaan.

Rata-rata penonton yang ditemui semalam menyifatkan kempen berkenaan merupakan suatu usaha terpuji dalam memastikan kebersihan kawasan stadium manakala sebahagiannya pula turut sama membersihkan kawasan tempat duduk stadium.

Selain itu, inisiatif yang diambil DACS ini turut mendapat perhatian halaman rasmi Perlis Northern Lions yang memuji kempen tersebut.