Home Artikel PAS Terengganu

Ahli Parlimen Kuala Nerus: Saya Kurang Faham Kayu Ukur Beliau

3,019 views
SHARE

Saya mungkin kurang faham kayu ukur beliau. Sanggup pula parti beliau menerima MP-MP yang melompat dari parti yang dikatakan “perompak”.

Tidakkah mereka juga boleh dikira sebahagian daripada “perompak” menurut gelaran yang beliau berikan.

Atau adakah dengan melompat sahaja ke parti beliau maka “perompak” telah menjadi suci daripada segala dosa? Zaman beliau menjadi sebahagian pimpinan parti tersebut, beliau sucikah daripada segala agenda “perompak”? PAS bersedia untuk berkawan dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja apabila melibatkan kebaikan rakyat dan Islam. Sesiapa yang datang mahu bekerjasama membina masjid, mengikat ukhuwwah, dan menyuarakan kebaikan rakyat maka PAS mengalu-alukannya atas dasar itu. Itulah solidariti atas kebajikan dan takwa sebagaimana diarahkan oleh Allah. Ia bukan satu perakuan terhadap segala perlakuan dan perbuatan sumbang yang mereka lakukan jika ada. Satu soalan kepada beliau; Bagaimana pula beliau sanggup “bercium mulut dengan DAP yang ternyata banyak prasangka terhadap Islam dan Melayu?

Dr Khairuddin Takiri

https://m.malaysiakini.com/news/458045

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2313791715297512&id=569086473101387