Oleh: NOR FATIN
ALOR SETAR, 26 FEB – Sempena pembukaan sekolah pada pertengahan Mac ini, bantuan beg sekolah menerusi program “Back To School” telah diagihkan bagi meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan.
Menerusi Program Sumbangan Back To School anjuran PAS Kawasan Kubang Pasu ini, seramai 150 orang pelajar telah dipilih untuk menerima bantuan beg sekolah dan alat tulis.
Dalam sebuah kenyatan facebook PAS Kawasan Kubang Pasu, pemilihan pelajar dicari daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan sumbangan ini merupakan usaha mereka untuk meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan sekaligus dapat menyuntik semangat para pelajar untuk kembali ke sekolah.
Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Kubang Pasu, Ustaz Zulhazmi Haji Osman, program ini adalah anjuran bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Kedah.
“Program Sumbangan Back To School yang diagihkan Kepada 150 orang keluarga ini adalah anjuran Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kubang Pasu bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Kedah”. Ujarnya
Turut hadir Yang Berbahagian Cikgu Haji Azhar Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam selaku perasmi program dan wakil daripada Yayasan Amal Kedah , Prof. Madya Dr. Mohamad Khadafi Rafie.