Home Berita PAS Perak

Pembinaan kekuatan rohani pra syarat kemenangan

41
SHARE

Oleh: Siti Aseelah Mohd Noor

TELUK INTAN, 26 Februari : Muslimat PAS Teluk Intan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan kali ke 33 bertempat di Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) di sini, semalam.

Pra Agenda mesyuarat dimulai dengan perarakan masuk tetamu jemputan terdiri daripada ahli jawatankuasa Muslimat PAS Perak serta ahli jawatankuasa Dewan Harian Kawasan diiringi pasukan Briged Muslimat yang berpakaian kemas.

Seramai hampir 80 perwakilan daripada 13 cawangan telah hadir seawal jam 8.15 pagi memenuhi kerusi yang disediakan bersama hidangan sarapan pagi tersebut.

Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan, Rostam Malek menzahirkan rasa bangga dengan gerak kerja muslimat yang komited khususnya sewaktu kempen pilihanraya yang lalu dalam ucapan aluannya.

Sementara itu, majlis yang dirasmikan oleh Ahli jawatankuasa Muslimat Perak, Nuri Yazidah Nuri Yahya berkata muslimat perlu capai kemenangan yang hakiki.

“Terdapat 2 Hakikat kejayaan sebenar iaitu capai kemenangan dengan memerintah dunia serta kemenangan di akhirat sehingga dipanggil ‘wahai jiwa dan hati yang tenang”, katanya ketika menyampaikan ucapan perasmia.

Menurutnya lagi, muslimat perlu fokus kepada 3 syarat untuk mencapai kemenangan, iaitu dengan membina kekuatan rohani, melaksanakan konsep berjamaah bercirikan Islam serta mempersiapkan kekuatan lahiriah.

Sekeping ‘mock check’ turut diserahkan kepada perasmi yang juga merupakan Pengarah Akademi Pengajian Saidatina Aishah (APSA) Perak pada sesi penyampaian hadiah pagi itu.

Ulasan pemantau negeri berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat yang menunjukkan kematangaan  33 tahun bersifat ‘energetik’ dan penglibatan 94 peratus para Muslimat.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong, Yang Berhormat Naziruddin Mohamed Bandi, komponen Perikatan Nasional, Siew Gwek Heang, Pensyarah (APSA) Perak, Teh Azizan Hassan serta jawatankuasa yang lain.