Home Kenyataan Media PAS Sabah

PRN SABAH: PAS KEKAL BERPRINSIP

976
SHARE

  1. Parti Islam Se- Malaysia (PAS) Sabah akur dengan keputusan Tuan Guru Presiden, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk memberi laluan kepada rakan-rakan politik dari Perikatan Nasional dan Barisan Nasional untuk mengelakkan pertembungan sesama rakan dalam Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.
  2. PAS Sabah akan memberikan sokongan mengikut keperluan semasa kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.
  3. Ini bagi memastikan kemenangan kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional dan Barisan Nasional seterusnya memerintah Negeri Sabah yang selari dengan pemerintahan di peringkat pusat.
  4. Hal ini sangat penting bagi memastikan rakyat di negeri Sabah dapat di bela dengan sebaiknya.
  5. PAS tetap berpegang kepada janji untuk memastikan bahawa tiada pertembungan berlaku antara rakan-rakan dalam Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.
  6. Oleh itu, rakan-rakan lain dalam Perikatan Nasional dan Barisan Nasional perlu berpegang kepada prinsip ini.

“Islam Memimpin Perpaduan”

Ahmad Dullah
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah