Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ameerah Malaysia Curi Tumpuan Sidang Muktamar

1139
SHARE

Ameerah Malaysia Curi Tumpuan Sidang Muktamar

Oleh: Asmaa Yusof

KUALA LUMPUR: Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia hari ke-2 dimulakan dengan pembentangan Laporan Tahunan Sesi 2019 – 2020.

Antara isu utama yang dibangkitkan oleh para perwakilan ialah cadangan untuk menubuhkan Dewan Ameerah Malaysia.

Menjawab persoalan tersebut, Pengarah Ameerah Malaysia, Zuraida Md Noor berkata, keahlian Ameerah di setiap negeri masih perlu diperkasakan.

Meneruskan ucapan, beliau menyatakan baru-baru ini, pihak Ameerah Malaysia telah mengumumkan Negeri Terengganu sebagai negeri yang mempunyai organisasi Ameerah terbaik diikuti Ameerah Kelantan dan Ameerah Selangor.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Noraini Hussin turut tampil menghuraikan persoalan sama.

Ujar beliau, Ameerah Malaysia merupakan tulang belakang Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan bidang tugas yang selari seperti mana Sekretariat Pengundi Muda.