Home Artikel PAS Johor

Fastaqim 2.5 JDT Berjaya Mencapai Sasaran

461 views
SHARE

FASTAQIM 2.5 JDT BERJAYA MENCAPAI SASARAN

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

1. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. apabila himpunan Fastaqim 2.5 JDT telah berjaya melabuhkan tirainya pada malam ini dengan jayanya walaupun hujan turun sejak semalam sehingga ke awal pagi tadi.

2. Sasaran 10 ribu kehadiran para petugas Pilihanraya di seluruh negeri Johor telah berjaya dicapai walaupun ada pihak yang pada awalnya meragui kemampuan PAS Johor untuk mengumpulkan sejumlah itu seperti mana yang telah dicapai oleh himpunan Fastaqim 2.1 sehingga fastaqim 2.4 yang melibatkan negeri Perak, Kedah, Pahang dan Selangor.

3. Kejayaan ini hadir daripada keazaman dan keyakinan tinggi daripada para pimpinan, pendokong dan penyokong PAS di semua peringkat yang sentiasa beristiqamah sehingga mencapai kemenangan nanti.

4. Kehadiran pimpinan seperti Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (Dr Mahfodz bin Mohamad), YB Ustaz Idris Bin Ahmad (Naib Presiden PAS), Haji Abd Aziz bin Sardan (Penolong Setiausaha Agung BERJASA), Dr Sanusi bin Daeng Mariok dan pimpinan lain di pelbagai peringkat berjaya menghangatkan suasana himpunan.

5. Saya selaku yang diberikan amanah sebagai Pengarah himpunan ingin merakamkan kepada jutaan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa perlaksana program yang telah memberikan komitmen terbaik bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Tanpa komitmen mereka agak sukar program ini dapat direncana dan digerakkan mengikut perancangan.

6. Begitu juga dengan para petugas yang bekerja tanpa upah dan saguhati tetapi memberikan sumbangan semaksimumnya kerana keyakinan mereka yang tinggi dengan janji Allah.

7. Mudah-mudahan Allah memberkati himpunan ini seterusnya memberikan kemenangan kepada PAS khususnya di Johor dalam PRU ke 14 nanti.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Pengarah
Himpunan Fastaqim 2.5 JDT
Dataran Istiqamah, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Johor.
24 Februari 2018, 11.59 malam.