Home Berita PAS Melaka

PPV Masjid Tun Khalil terima kunjungan tetamu kehormat – Dr Hilmi

50
SHARE

Oleh SITI HAJAR

JASIN, 1 Ogos : “Kita menerima kunjungan beberapa orang VVIP. Yang pertama kita menerima kunjungan daripada Jawatankuasa Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF).

“Selepas itu kita terima kunjungan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil dan yang ketiga daripada Adun Asahan, YB Datuk Seri Hj. Abdul Ghaffar Atan.”

Demikian dinyatakan Pengurus Pentas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid Tun Khalil, Asahan, Dr. Mohd Hilmi Senin, semasa ditemu bual Wartawan Rakyat Melaka (WARM) di sini, semalam.

Beliau yang juga merupakan Pakar Perubatan Jabatan Transfusi Hospital Melaka menyatakan bahawa pihak CITF telah menghantar wakil daripada dua peringkat iaitu peringkat Pusat dan peringkat Negeri Melaka untuk memantau perjalanan program PPV Masjid.

“Mereka ini akan buat lawatan juga ke dua buah masjid selain ini iaitu Masjid Kampung Pulai dan Masjid Krubong.

“Rata-rata ada beberapa komen yang mereka bagi untuk menambah baik lagi perjalanan PPV ini tapi tiada lagi major isu, semuanya isu-isu sampingan sahaja,” ujar beliau.

Tambah beliau, Sahibus Samahah Mufti Negeri Melaka semasa kunjungannya juga telah memberikan beberapa pandangan daripada aspek-aspek berkait masjid, hukum dan sebagainya.

Pengurus Pentas PPV Masjid Tun Khalil, Dr. Mohd Hilmi Senin

“Dan selepas itu kita ada menerima kunjungan yang ketiga daripada Adun Asahan. Beliau tolong secara direct sponsor makanan petugas vaksin.

“Dan beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Vaksinasi Negeri Melaka. Malah, beliau juga ada memberikan sedikit pandangan untuk menambah baik perjalanan PPV Masjid,” kata Hilmi lagi.

Penasihat Agama Ketua Menteri Negeri Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek turut dilihat bersama mengiringi Sahibus Samahah Mufti Negeri Melaka melakukan ziarah sekitar kawasan PPV Masjid Tun Khalil ini.