Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | 686 kes positif, 10 kematian baharu

116
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 1 Ogos: Sebanyak 686 kes positif dan 10 kes kematian baharu direkodkan di negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu, daripada 686 kes positif baharu yang dikesan di negeri ini hari ini, 682 kes adalah daripada kategori kes tempatan, empat kes daripada kategori kes import dan tiada kes daripada kategori banduan/OKT/PATI.

Kata jabatan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 401 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 117 kes di Daerah Jasin dan 168 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 278 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 5631 kes masih dirawat hari ini berbanding 5232 semalam dengan 90 kes adalah daripada kes ICU dan 27 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Lima punca utama jangkitan bagi 686 kes hari ini ialah, 167 kes melibatkan kluster kilang; 325 kes kontak keluarga; tiada kes melibatkan Institusi Penjara; 64 kes melibatkan tempat kerja bukan kilang sementara 103 kes saringan bergejala dalam kalangan orang ramai.

Kes kematian

Menurut JKN Melaka, sebanyak 10 kes kematian baharu dilaporkan hari ini, di mana dua kes direkodkan di Daerah Alor Gajah, tujuh kes direkodkan di Daerah Melaka Tengah sementara satu kes lagi direkodkan di Daerah Jasin.

Secara keseluruhan mangsa kematian terdiri daripada tujuh wanita dan tiga lelaki yang berusia antara 50 dan 83 tahun.

Laporan kluster

Satu kluster baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini iaitu Kluster Industri Tanjung Bruas di Daerah Melaka Tengah daripada kluster tempat kerja melibatkan sebuah kilang di Tanjung Kling dengan 99 kes positif direkodkañ setakat ini.

Kes seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan seramai 13.8 juta rakyat Malaysia telah mengambil satu doz vaksin sementara 6.7 juta pula telah mengambil dua doz lengkap sehingga semalam.

KKM juga melaporkan sebanyak 17,150 jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan di seluruh negara hari ini, berbanding 17,786 kes semalam.

Selain itu, 160 kes kematian baharu direkodkan hari ini berbanding 165 kes semalam, sementara 11,326 kes sembuh baharu turut direkodkan hari ini berbanding 11,718 kes semalam.

Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 195,273 kes aktif semasa direkodkan sementara keseluruhan kes jangkitan terkumpul dicatatkan di Malaysia hari ini berjumlah 1,130,422 kes.

Selangor pula masih kekal mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 6326 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur yang mencatatkan 2086 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.