Home Berita PAS Kedah

Pokok Sena | Terima tambahan 300 pek sumbangan mangsa banjir

72
SHARE

Oleh AMIRUL ASYRAF

POKOK SENA, 11 Nov – Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena, Wan Romani Wan Salim menerima sumbangan pek 300 pek bantuan mangsa banjir dari Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK).

“Saya ingin mengucapkan terimakasih atas keperihatinan yang ditunjukkan oleh Ketua DPPNK, Ustaz Nurul Amin bin Hamid.”


“Sumbangan ini kami akan bahagi kepada 3 DUN yang ada di Parlimen Pokok Sena ini,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya lagi, sumbangan ini akan disampaikan kepada mereka yang belum menerima sumbangan sebelum ini.

Turut hadir bersama di majlis penyerahan tersebut ialah Naib Yang Dipertua PAS Pokok Sena YB Ustaz Salim bin Mahmood, Ketua Pemuda PAS Pokok Sena Ustaz Ahmad Hamadah bin Mohamad Shauki dan Ahli Jawatankuasa PAS Pokok Sena.


Sehingga hari ini sudah hampir 2000 pek sumbangan mangsa banjir telah diedarkan ke seluruh Parlimen Pokok Sena.