Home Berita PAS Selangor

Malam santai anak muda bersama Pemuda PAS Gombak Setia – DPPK gombak

84
SHARE

 

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK SETIA, 10 November – Dewan Pemuda PAS DUN Gombak Setia telah memenuhkan malam ukhuwah semalam dengan usrah yang melibatkan Pemuda cawangan-cawangan dari DUN Gombak Setia dan para pemuda PAS Kawasan Gombak yang berlangsung di Bilik Gerakan Jentera Pilihanraya Dun Gombak Setia.

Menurut pemuda PAS DUN Gombak Setia, ini adalah ruang yang terbaik dan sesuai bagi anak muda di peringkat cawangan sekitar DUN Gombak Setia untuk meluahkan dan mencadangkan sebarang idea, kritikan atau pertanyaan secara terus dan terbuka kepada pimpinan pemuda PAS kawasan.

Antara yang menghadiri program, pimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) termasuk Ketua Pemuda DPPG Dr Firdaus Azmi, Timbalan Ketua Pemuda Ust Ubadilillah Abdullah, Naib Ketua Pemuda Sdr Khairul Yusri, Setiausaha DPPG Abdul Basith Abdul Halim serta beberapa AJK lain.

Turut hadir memeriahkan program adalah mantan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Gombak, Ust Dr Md Noor Hussin dan mantan Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, sdr Fadzli Abu Bakar.

Menurut mereka, kebanyakkan isu yang diutarakan adalah berkaitan dengan bagaimana untuk menawan pengundi muda khususnya mereka yang berumur 18 tahun. Selain daripada itu, antara isu lain adalah pengkaderan ahli-ahli PAS cawangan itu sendiri.

Akhirnya segala pertanyaan, cadangan serta kritikan dijawab, dipertimbangkan dan akan dilaksanakan seperti yang telah dirancang. “Semoga pertemuan seperti ini akan memantapkan lagi ukhwah dan silaturahim dalam menjadikan Islam sebagai tunjang utama setiap apa yang kita lakukan”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor