Home Artikel PAS Johor

PN Muar meraikan genap setahun Kerajaan Perikatan Nasional

291
SHARE

Oleh: Sharifah Ajil

MUAR : Sempena meraikan genap setahun usia kerajaan Perikatan Nasional, pihak Perikatan Nasional Muar telah melaksanakan program menyantuni para petugas barisan hadapan KKM di sini, semalam.

Program disertai pimpinan PN Muar iaitu, Yang Dipertua PAS, Abd Aziz Talib, Ketua Pemuda, Ustaz Ridzuan Nazri, Pengerusi BERSATU, Basut Nin dan Setiausahanya Edzhar Jasmary.

Mereka telah turun menyampaikan sedikit sumbangan tanda penghargaan kepada para petugas kesihatan yang banyak berkorban masa dan tenaga mengurus kes Covid 19 yang telah melanda sejak hampir setahun yang lalu.

Antara pusat-pusat kesihatan yang dikunjungi ialah Klinik Kesihatan Parit Bakar, Klinik Kesihatan Parit Jawa, Klinik Kesihatan Seri Menanti dan Klinik Kesihatan Parit Yusof.

Sebahagian para petugas mempamerkan rasa teruja dan berterima kasih kerana masih ada yang sudi meraikan dan prihatin dengan sumbangan khidmat mereka kepada masyarakat dalam situasi pandemik ini.

Terdahulu daripada itu, sempena ulangtahun kerajaan PN ini juga telah diadakan program Solat Hajat, bacaan Yaasin dan Tahlil bersama pimpinan PN Muar di Surau Al Ikhsan, Jalan Joned.

Antara pimpinan yang turut hadir ialah Yang Dipertua, Abd Aziz Talib, Timbalan dan Naib Yang Dipertua, Chemah Yusoh dan Dr Mohamad Taslim, Ketua Pemuda, Ustaz Ridzuan Nazri, Timbalan dan Naib Ketua, Roslan Abd Rahman dan Hadi Abu Bakar.

Hadir sama Ketua Muslimat Negeri, Fatimah Ismail dan Pengerusi BERSATU, Basut Nin dan beberapa orang ahli jawatankuasanya.

“Diharapkan gabungan kerjasama komponen Perikatan Nasional yang telah berusia setahun ini dapat terus diperkukuhkan lagi melalui pelbagai program kerjasama, terutama yang menjurus kepada membantu rakyat, lebih-lebih lagi di saat ekonomi sebahagian besar warga yang terjejas akibat pandemik Covid 19 ini, ” demikian harapan yang disampaikan oleh Abd Aziz.