BALING – Prihatin dengan situasi kenaikan harga barang yang melanda rakyat ketika ini, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Bayu bersama Halwa Bayu membawa bantuan sumbangan keperluan dapur ke lima buah kampung, baru-baru ini.
Bantuan Beras Sejahtera dan barangan keperluan dapur itu diagihkan kepada penduduk yang memerlukan di Kampung Batu 8, Kampung Weng Luar, Kampung Surau, Kampung Caruk Putih dan Kampung Memali.
Memahami nasib yang dilalui pesakit yang diziarahi. ADUN Bayu, YB Nasir Idris mendoakan keluarga mangsa yang diuji redha dan tabah mengharungi ujian dari Allah.