Home Berita PAS Kedah

YDP santuni golongan asnaf DUN Kuala Nerang dan Pedu

44
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – Yang diPertua PAS Kawasan Padang merangkap Ahli Majlis Daerah Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz menyantuni golongan asnaf di kedua-dua Dun iaitu Kuala Nerang dan Pedu baru-baru ini.

Seramai 30 orang asnaf antara jumlah yang hadir dan YdP santuni sebelum menerima sumbangan ADUN Kuala Nerang YB Hj.Munir @ Mohammad Yusoff Zakaria.
Sumbangan tersebut di adakan di Masjid Aisyah Kampung Tanjung Mukim Padang Terap kanan,di UDM Kampung tanjung dan UDM Padang Nyior

Sejurus selesai di Dun Kuala Nerang,Ustaz Azam turun mengiringi ADUN Pedu YB.Hj Mohd Radzi Md Amin bagi menyantuni dan menyempurnakan pemberian sumbangan kepada 20 orang asnaf yang terpilih.

Sumbangan Beras tersebut diadakan di Kampung Pinang Mukim Pedu di rumah Mohd Shukri Ahmad.

“In Sha Allah Kerajaan Negeri Kedah akan sentiasa memastikan rakyat dalam terjaga dari masa ke semasa,sama-sama kita pertahankan kerajaan negeri Kedah yang ada sekarang ni”ujar YdP Azam.

Turut hadir bersama jawatankuasa JPrD Pedu,jawatankuasa PKWR Kuala Nerang dan Pedu serta Jawatankuasa Halwa kedua-dua Dun.