Home Berita PAS Kelantan

Ahli Parlimen Kuala Krai santuni petugas barisan hadapan di SJR

51
SHARE
KUALA KRAI, 4 Jun: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman mengambil peluang berkunjung ke Sekatan Jalan Raya (SJR) Telekong untuk menyantuni petugas-petugas barisan hadapan di SJR ini. Beliau turut menyampaikan sedikit sumbanagn kepada petugas-petugas tersebut sebagai tandaterimak kasih yang tidak terhingga serta menyanjung tinggi khidmat bakti mereka yang tidak mengira penat lelah demi masyarakat seluruhnya.