Home Berita PAS Kelantan

PKM Parlimen Tumpat sumbang 25 ekor lembu

22
SHARE
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
TUMPAT, 12 Jul: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Tumpat menyumbang 25 ekor lembu kepada pemimpin masyarakat dalam Parlimen Tumpat.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Parlimen Tumpat yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi di PKM Parlimen Tumpat, semalam.
Di Kelantan, ibadah korban dibenarkan dengan panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Antaranya, aktiviti penyembelihan ibadah korban hanya boleh dilakukan di rumah sembelihan ruminan (Kompleks Abatoir) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas.
Proses sembelihan juga dibenarkan dilakukan di masjid bandar, jajahan dan mukim dengan kelulusan MAIK.
Antara yang hadir menerima sumbangan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Adanan Hassan dan ADUN Wakaf Bahru, YB Mohd Rosli Abdullah.