Home Berita PAS Kelantan

PKD Temangan cakna bekas tentera

7
SHARE
MACHANG, 11 Jul: Pusat Khidmat ADUN Temangan melalui Persatuan Veteren Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Machang, Persatuan Veteren Kor Kesihatan, ATM Wilayah Timur dan Persatuan Bekas Komando, ATM Cawangan Machang telah menyampaikan bantuan kepada ahli-ahli persatuan.
ADUN Temangan, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ketiga-tiga persatuan tersebut kerana sentiasa mengambil berat kebajikan ahli dari masa ke semasa terutamanya di saat-saat genting sebegini.