Home Berita PAS Kelantan

Bantuan Bakul Makanan #PeMulih Parlimen Kuala Krai ke Mengkebang dan Guchil

15
SHARE
KUALA KRAI, 12 Jul: Semalam, Ahli PArlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff menerima kehadiran ADUN Mengkebang, YB Muhammad bin Mat Sulaiman dan YB Guchil, YB Hilmi bin Abdullah bagi menerima Bakul Makanan #PeMulih untuk DUN masing-masing. Turut hadir ialah penghulu kedua-dua DUN.
Bantuan Bakul Makanan #PeMulih ini merupakan inisiatif daripada Kerajaan Malaysia kepada seluruh kawasan parlimen di Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM300,000.00 bagi setiap parlimen untuk diagihkan kepada penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
YB Abdul Latiff berharap bantuan ini akan memberi manfaat di samping bantuan sedia ada daripada pihak KRAiTiFF seperti “Ghobok Makane” dan “Bantuan Kuarantin” yang akan terus berjalan seperti biasa.