Home Berita PAS Kelantan

PKD Kota Lama terus bantu anak mukim terjejas musim PKP

56
SHARE
 
KOTA BHARU, 13 Jul: Dalam keadaan pandemik dan PKP 3.0 yang sedang dilaksanakan sekarang, ramai penduduk terjejas dari segi mata pencarian malah ada tyang terputus bekalan makanan. Mengambil berat keadaan masyarakat dan anak mukim, Pusat Khidmat DUN Kota Lama terus menyalurkan bantuan bakul makanan dengan harapan dapat memenuhi keperluan harian anak mukim dan meringankan beban mereka. Hari ini, Penyelaras Penghulu Parlimen Kota Bharu, YBRs Nik Hazim Nik Rashid telah menyantuni mereka yang memerlukan dan menyampaikan Bakul Makanan kepada anak mukim di Jalan Atas Paloh .