Home Berita PAS Kelantan

Sumbangan untuk Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai

10
SHARE
KUALA KRAI, 13 Jul: YB Abdul Latiff hari ini telah menyampaikan bantuan keperluan kepada Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP). Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai telah menyumbangkan 2 unit pendingin hawa mudah alih, 2 unit penapis udara, 2 unit penapis air dan tiga kerusi rehat untuk kegunaan tambahan para pesakit di HSIP dan Hospital lama Kuala Krai termasuk pesakit Covid-19.
Hospital lama Kuala Krai kini di jadikan hospital khas untuk pesakit Covid-19 dari seluruh negeri Kelantan.
Ketika tiba disana, beliau telah sambut oleh Pengarah Hospital Sultan Ismail Petra Dr Rohana dan Timbalannya Dr Izhar Shah.