Home Berita PAS Kelantan

PKD Kota Lama hulur bantuan keperluan bayi kepada yang memerlukan

156
SHARE
KOTA BHARU, 15 Jul: Pusat Khidmat DUN Kota Lama melalui Setiausaha DUN Kota Lama, Mohd Mortazi Ismail, telah menghulurkan bantuan keperluan bayi kepada penerima yang memerlukan bantuan tersebut.
Bantuan berbentuk lampin pakai buang dan susu itu telah disampaikan oleh Mohd Mortazi, diiringi oleh Penghulu Rizuan Abd Rahman (Mukim Zon Sri Cemerlang) dan Penghulu David Ng Yang Seng (Mukim Zon Tebing Tinggi).