Home Berita PAS Kelantan

PKB buka cawangan Ar-Rahn di Semporna

96
SHARE

SABAH, 5 Dis: Permodalan Kelantan Berhad (PKB) melalui usahasama Koperasi Kelantan Berhad membuka satu lagi cawangan baharu pajak gadai Islam Ar-Rahn di Bandar Mutiara, Semporna.

Ar-Rahn cawangan kesembilan itu dirasmikan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Kelantan Berhad YB Dato’ Mohd Amar Abdullah pada 3 Disember.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan memaklumkan lapan lagi Ar-Rahn di Sabah terletak di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Keningau, Beaufort, Sandakan, Tawau, Tuaran dan Kota Belud. Cawangan kesepuluh dalam proses pembukaan di Lahad Datu.

“Sepuluh Ar-Rahn Zon Sabah adalah yang kedua terbesar selepas Zon Kelantan. Kita mengharapkan PKB akan terus memacu pertumbuhan dan inovasi dalam industri mikrokredit seperti membuka lebih banyak cawangan, pendigitalisasi Ar-Rahn dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, Ar-Rahn adalah satu sistem muamalat yang mengendalikan urusan pelanggan menggadai barang berharga sebagai sandaran untuk meminjam wang yang dibiayai oleh peminjam dari pemiutang (Ar-Rahn) dengan caj keuntungan untuk barang gadaian tersebut tanpa dikenakan riba ke atas pelanggan untuk tempoh tertentu.

Sementara itu, perbezaan pajak gadai Islam Ar-Rahn dan sistem konvensional secara umumnya mengandungi konsep tawaruq, tiada riba, nilai gadaian tidak merosot ataupun tiada penipuan timbangan nilai atau berat, wang lebihan baki lelong dipulangkan dan lain-lain.