Home Berita PAS Kelantan

Rakyat diundang ke Majlis Jamuan Kesyukuran

63
SHARE

PENGKALAN KUBOR, 5 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat mengundang orang ramai khususnya penduduk di DUN Pengkalan Kubor menghadiri Majlis Jamuan Kesyukuran DUN Pengkalan Kubor pada Sabtu, 10 Disember 2022.

Ketika dihubungi beliau menyatakan, majlis yang bermula pada pukul 12.00 tengah hari itu diadakan serentak di dua lokasi iaitu di Dataran Pantai Geting dan Tapak Pasar Bendang Pak Yong.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri berharap dengan kehadiran setiap lapisan masyarakat, majlis akan tambah meriah dan mendapat keberkatan.