Home Berita PAS Melaka

PKAP serah RM10k sumbangan dana Palestin pada PJ PAS Melaka

108
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 26 Mei : Pertubuhan Kebajikan Amanah Prihatin (PKAP) Kulai Johor telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM10 ribu untuk dana Aid4Palestin kepada Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek di pejabat beliau di Seri Negeri, di sini, petang semalam.

Serahan dibuat sendiri oleh Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) ini, Ustaz Afandi Abdul Samad.

Ustaz Kamarudin ketika majlis penyerahan itu mengucapkan penghargaan kepada PKAP Kulai atas kutipan sumbangan ini.

“Dunia kini terus mengutuk kezaliman Yahudi laknatullah yang terus berkeinginan memusnahkan masjid Al Aqsa dan bumi Gaza Palestin walaupun gencatan senjata berlaku.

“Selama 10 hari lebih peperangan berlaku, ribuan nyawa syahid, cedera dan kemusnahan prasarana yang banyak,” ujar beliau yang juga merupakan Penasihat Agama kepada Ketua Menteri Melaka.

Sementara itu pengerusi NGO ini, Ustaz Afandi ketika ditemui wartawan berkata PKAP Kulai Johor akan terus menyampaikan sumbangan dan sokongan solidariti dan doa kepada perjuangan umat Islam Palestin.

“Alhamdulillah hari ini 25 Mei 2021 bersamaan 13 Syawal 1442, melalui serahan kedua ini, PKAP Kulai Johor menghulurkan sebanyak RM10,000.00 kepada Dato Ustaz Kamarudin Sidek, Penasihat Agama Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri Ayer Keroh seterusnya akan dimajukan ke Aid4Palestin.

“Dana ini terus akan diserahkan ke perjuangan Islam Palestin untuk pembangunan semula, kebajikan dan perubatan.

“Semoga pengorbanan kewangan Muslimin Muslimat semua dikurniakan ganjaran yang besar oleh Allah swt.,” ujar beliau.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .