Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Bendera Persekutuan megah berkibar

33
SHARE

26 Mei 1950 (JUMAAT)

PADA hari ini dalam tahun 1950, bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat kali pertama di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur.

Upacara menaikkan bendera dilakukan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney. Bendera ini menjadi bendera tunggal yang menaungi kesebelas buah negeri yang terangkum dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Bendera ini mengandungi 11 jalur, enam jalur merah dan lima jalur putih, melambangkan perpaduan kesebelasan negeri-negeri Persekutuan manakala di sudut atas sebelah kiri terdapat petak biru dengan bulan dan bintang berwarna kuning.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu (Kredit foto : Google)

Gabungan warna-warna pada bendera ini bermaksud kerjasama erat Persekutuan dengan United Kingdom dan negara-negara anggota pertubuhan Komanwel.

Berkibarnya bendera ini melambangkan satu ikatan padu negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu menuju ke arah cita-cita bersama.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .