Home Berita PAS Terengganu

PALESTIN | NGO Terengganu Nekad Untuk Bangunkan Semula Bumi Gaza

613
SHARE

Oleh : Amar Jaafar

KUALA TERENGGANU : Sekretariat Tabung Aid4 Palestine peringkat Negeri Terengganu,telah berjaya mengumpul sebanyak RM 806,520.00 daripada NGO, Syarikat swasta, GLC Dan individu sehingga Hari ini.

Pengarah Urus Setia Belia Sukan Dan NGO Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak berkata, Majlis Muafakat NGO Terengganu- MMNT Nekad untuk membangunkan semula bumi Gaza dan menyeru semua NGO untuk terus membantu Palestin selepas di serang oleh Israel Laknatullah.“Peluang masih terbuka luas kepada semua NGO-NGO diseluruh Negeri Terengganu. Ayuh kita sama-sama bantu saudara seislam kita di bumi Palestin”

Ustaz Nasir Abdul Razak, Ketua Pemuda Pas Negeri Terengganu yang juga merupakan Pengarah Urus Setia Belia Sukan & NGO Negeri Terengganu

Bagi rakyat Malaysia tunggal yang menetap di Palestin, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman yang juga pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM) menyifatkan dakwaan bahawa sumbangan tidak sampai tidak benar sama sekali kerana NGO Malaysia banyak memberi tumpuan kepada rakyat Palestin, terutama di Gaza.

“Gaza berjaya menampilkan isu Palestin yang peranan itu diambil Hamas. Setakat yang saya pernah bekerjasama dengan NGO Malaysia, kebanyakannya melancarkan kutipan dana dan program untuk Gaza, manakala sebahagian kecil disalurkan ke Baitulmaqdis,” katanya.