Home Berita PAS Kedah

PJKM di Kedah dapat sambutan

207
SHARE

Oleh AMAL NABILA

SIK, 22 Dis – Inisiatif kerajaan melaksanakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di semua Parlimen di negeri Kedah mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Penduduk yang hadir menyokong penganjuran program ini kerana barangan keperluan asas seperti minyak masak, beras, telur, ayam dan sayur-sayuran dijual pada harga yang lebih murah.

Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman turun padang menyantuni para pengunjung program tersebut yang berlangsung di Pasaraya Kawan Kita Sdn.Bhd, Sik.

Maklumnya, program ini merupakan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan dilaksana di seluruh negara.

“Objektif penganjuran ini adalah untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia bagi mendapatkan barang keperluan harian dengan harga yang rendah dan berpatutan,” ujar beliau.