Home Berita PAS Kedah

Ketua Pemuda PAS Kedah ikuti rapat perkembangan banjir kilat di Selangor

207
SHARE

KUALA LANGAT, 22 Dis – Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid juga mengikuti rapat perkembangan terkini berkenaan situasi Bencana Banjir di negeri Selangor terutamanya di kawasan Kuala Langat.

Dikhabarkan negeri lain juga turut ditimpa bencana yang sama ekoran terkena ‘ekor’ ribut berpunca dari Angin Taufan yang sedang aktif di laut berhadapan Vietnam dan Kemboja.

Bencana Banjir kali ini telah direkodkan antara yang paling buruk sekali dan kini lebih 6,000 orang mangsa banjir telah dipindahkan ke 80 Pusat Permindahan Sementara (PPS) dalam daerah Klang, Kuala Langat, Petaling, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Langat.

Ustaz Nurul Amin Hamid yang juga selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPM dilaporkan telah turun ke Bilik Operasi Khidmat Malaysia bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh YB Ustaz Ahmad Fadhli, Ketua Pemuda PAS Malaysia sebelum menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di sana.

“InsyaAllah, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah akan turut serta dalam operasi banjir di Selangor melalui Jabatan Amal,

“Mereka sudah menolong kita pada Tragedi Kepala Air di Gunung Jerai yang lalu, kini tibalah masa untuk kita datang dan membalas budi mereka”, ujar Ustaz Nurul Amin Hamid ketika dihubungi.

Turut hadir bersama dalam taklimat dan misi ini adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden.