Home Berita PAS Kedah

PIKAT santuni mangsa bencana Yan

47
SHARE

OLEH ASMAHUDA

YAN, 28 OGO–  Prihatin dengan nasib penduduk yang ditimpa musibah “ Kepala Air” Gunung Jerai  yang turut menyebabkan banjir kilat baru-baru ini, Pertubuhan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Kedah) turun ke lokasi kejadian untuk meninjau dan menyantuni mereka yang terkesan akibat bencana itu.

Pengerusinya, Hajah Jusmalailani Jusoh berkata seramai 40 orang penduduk sektar kawasaan kejadian menerima sumbangan wang tunai, barangan keperluan harian termasuk dapur gas, tong gas, tilam, bantal dan beberapa barangan lain.

Beliau yang merupakan isteri Menteri Besar Kedah turut disertai oleh beberapa ahli PIKAT dalam program yang diadakan di Kampung Telok Mat Acheh, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah wakil Syarikat Smart Modular Technologies dari Pulau Pinang yang turut menyumbang barangan keperluan asas dalam program tersebut.

Rombongan turut meluangkan masa menziarahi tiga buah rumah penduduk yang terkesan teruk serta beberapa buah chalet yang musnah di sekitar Pusat Rekreasi Titi Hayun.

Terdahulu mereka diberi taklimat mengenai kejadian pada 18 ogos lalu di Pusat Operasi Bantuan Bencana PAS Jerai yang terletak  di Dewan Masjid Wustha, Guar Chempedak.

Sumber : Facebook Helmi Khalid

.