Home Kenyataan Media PAS Selangor

Tahniah dan selamat bertugas saff kabinet pimpinan PAS – YDP PAS Kawasan Hulu Langat

28
SHARE

May be an image of 8 people and text that says "PKHL/KR/03/2021] Û த KENYATAAN RASMI PKHL TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS BUAT MENTERİ DAN TIMBALAN MENTERİ PAS MUHAMMAD JAN SULONG Yang Di Pertua PAS Kawasan Hulu Langat 18 Muharram 1443 27 Ogos 2021"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Mohamad Jan Sulong
YDP PAS Kawasan Hulu Langat

KENYATAAN RASMI
PAS KAWASAN HULU LANGAT

[PKHL/KR/03/2021]
TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS BUAT MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI PAS

1. PAS Kawasan Hulu Langat (PKHL) bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan, Dewan Muslimat PAS Kawasan, Dewan Ulamak PAS Kawasan serta Dewan Penyokong PAS Kawasan Hulu Langat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan 3 menteri dan 5 timbalan menteri daripada pimpinan PAS sebagai mana senarai berikut;

i. Menteri Alam Sekitar : YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

ii. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) : YB Senator Tuan Idris bin Ahmad

iii. Menteri Tenaga dan Sumber Asli : YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

iv. Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama : YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary

v. Timbalan Menteri Sumber Manusia : YB Datuk Haji Awang bin Hashim

vi. Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat : YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

vii. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan : YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh

viii. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi : YB Datuk Haji Amzad bin Mohamed @ Hashim

2. PKHL juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan melantik pemimpin dan wakil rakyat daripada PAS untuk memikul tanggung jawab besar selaku barisan ahli kabinet kerajaan Malaysia kali ini.

3. Berbekalkan ilmu agama yang tinggi, pengalaman yang baik dan kepimpinan yang hebat, PKHL meyakini bahawa seluruh anggota kabinet daripada Parti Islam Se-Malaysia PAS ini dapat menjalankan tugas dengan baik berlandaskan konsep ikhlas (ubudiah), amanah dan berintegriti (masuliyyah) serta penuh komited dan berdidikasi (Itqan).

4. PKHL berharap agar kesemua ahli kabinet di bawah Perdana Menteri Malaysia ke-9 dapat menjalankan tugas dengan baik dan penuh integriti sebagaimana yang telah diamanahkan, seterusnya membawa dasar *”Keluarga Malaysia”* ini menjadi satu kenyataan.

5. Dengan iringan doa dan ucapan “Siiru ala Barakatillah”, kami mendoakan agar dipermudahkan segala urusan semua pimpinan negara dan bersama kita menyelamatkan negara Malaysia keluar dari kemelut pandemik Covid-19, dan membina kestabilan ekonomi, politik dan sosial serta memperkukuhkan penyatuan Ummah menuju ke arah sebuah negara yang lebih maju dan diberkati.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

28 Ogos 2021 | 19 Muharram 1443

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor