Home Rencana PAS Selangor

Jaga amanah dan tanggungjawab saff kabinet yang dilantik – PAS Kawasan Sungai Besar

32
SHARE

May be an image of 8 people, headscarf and text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Shahril Rizal Saidon

PAS Kawasan Sungai Besar dan seluruh Masyarakat mengucapkan syukur dan tahniah diatas perlantikan semua ahli Yang Berhormat hari ini selepas perlantikan YB Dato’ Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9 yang baharu.

Amanah merupakan salah satu sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW.

Ajaran untuk bersifat amanah ini sejalan dengan perintah Allah yang terkandung di dalam Al Quran, Surah An Nisa ayat 58 yang bermaksud “Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil.

Sungguh, Allah sebaik-baik yang Memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat”.

Kita diuji sama ada boleh berlaku adil atau berbuat zalim, bukan ketika kita sedang berada di bawah. Sebaliknya ujian tersebut dikenakan setelah kita berkuasa.

Terkadang yang membezakan antara pemangsa dan mangsa, adalah peluang.

Demikianlah yang Allah sebut dalam Surah Al Qasas ayat 5 yang bermaksud “Dan Kami mahu mengurniakan buat golongan yang tertindas di atas muka bumi, dan merekalah yang Kami akan lantik sebagai pemimpin-pemimpin dan Kami jadikan mereka sebagai pewaris (kekuasaan)”

Besarlah harapan kami ingin melihat ketelusan dan Integriti pemimpin yang kembali atau baru diberi peluang untuk menjadi contoh kepada semua parti politik dan masyarakat.

Semoga Allah berkati perlantikan ini dan diperlihara institusi agama dari segala anasir yang memudaratkan.

سيروا على بركة الله

28 Ogos 2021 | 19 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor