Home Ketua Penerangan PAS Pusat

PH Langgar Manifesto Tender Terbuka

674
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

PH Langgar Manifesto Tender Terbuka

Pembohongan DAP dan PH ketika mentadbir Kerajaan Persekutuan semakin lama semakin terserlah.

Belum reda isu perbicaraan rasuah projek terowong yang bernilai RM6.3 bilion dan pendedahan pembatalan pembekuan akaun taikun, Lim Guan Eng, bekas Menteri Kewangan sekali lagi telah menipu rakyat dengan isu projek rundingan terus di parlimen semalam.

Tidak cukup sekadar langgar janji Manifesto, kenyataan LGE mengenai kelulusan kabinet telah disanggah bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Azmin Ali sendiri.

Jelaslah slogan-slogan ketika PRU-14 dalam meraih undi rakyat hanyalah retorik semata. Manifesto dalam memperjuangkan tender terbuka yang tercatat dalam buku harapan tidak ditunaikan bahkan digadai dengan kelulusan 101 projek bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

Terkini, SPRM telah menyatakan komitmen dalam menyiasat secara menyeluruh jika ada unsur rasuah dan salahguna kuasa berhubung perkara ini.

PAS percaya, rakyat Malaysia sudah membuka mata dan hati akan kelicikan dan pembohongan kerajaan dahulu, Pakatan Harapan.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
25 Ogos 2020 | 6 Muharram 1442