Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Ampang – PAS Kawasan Ampang Edar Bendera Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan

398
SHARE

Ampang, Selangor | 25 Ogos 2020

PAS Kawasan Ampang telah menganjurkan program Edaran Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan Malaysia ke-63 yang diadakan disekitar Kampung Melayu Ampang.

Program tersebut bertujuan untuk menyahut seruan Kempen Kibar Jalur Gemilang serta memupuk masyarakat dengan sifat yang tinggi nilai perpaduan.

Pada program tersebut, sebanyak 300 Jalur Gemilang telah diedarkan kepada penunggang motorsikal dan kereta.

Tuan Haji Khasim Abdul Aziz selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Ampang juga bersama dalam program tersebut yang turut diserikan dengan kehadiran wanita Umno bahagian Ampang daripada parti komponen Muafakat Nasional.

Dalam ucapan beliau menyeru para peserta tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara selari dengan tema kemerdakaan tahun ini ‘Malaysia Prihatin’.

“Semoga kerjasama Muafakat Nasional ini akan lebih kukuh dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang serta dapat menerajui negara Malaysia yang harmoni dan ummah yang rabbani”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor