Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN
NAKA, 3 Okt- Petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Pedu mengadakan aktiviti bergotong-royong membaiki sebuah rumah milik seorang penduduk di Kubang Julok pada 27 September 2021.
“Gotong-royong ini bermula jam lapan pagi hingga tengahari. Waktu petang hujan turun. Jadi kami akan sambung pula dua hari lagi. Rumah ini tinggal 40% lagi yang perlu disiapkan iaitu bahagian lantai dan bumbung.” Ujar Pegawai Khas YB, Encik Mohamad Talib.
Tambah beliau, diharap bantuan membaiki rumah yang diberikan kepada pemilik, Muhammad Hassan ini diharap dapat meringankan beban mereka sekeluarga.