Home Berita PAS Kedah

Banjir Kilat : Pas Padang Terap gerak Ops Cuci dan Ziarah

74
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 3 Okt – PAS Padang Terap memulakan tugas pembersihan rumah dan kawasan atau operasi cuci (OPS CUCI) akibat banjir kilat yang menenggelamkan rumah penduduk dekat sini Rabu lalu.

OPS Cuci ini melibatkan empat buah rumah penduduk di Kampung Sena, Kampung Bakong dan Kampung Pokok Machang.

Turut sama membantu dalam OPS Cuci ini ialah Pengerusi NGO PRIHATIN Ustaz Habibullah Salleh dan Ahli Jawatankuasa JPRD Kuala Nerang.

Selain itu, YDP Pas Padang Terap, Ustaz Azam Abd Aziz dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Nerang, YB Munir Mohamad Yusoff turut menyantuni enam keluarga yang ditempatkan di Pusat pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi dan menyampaikan sumbangan buat mangsa yang terjejas.