Home Berita PAS Kedah

Mangsa banjir dapat perhatian JPKK, APAM dan PAS Padang Terap

99
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

NAKA, 3 Okt – Mangsa banjir Kampung Kubang Juluk dibantu oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) dan Pasukan Lajnah Bencana dan Alam Sekitar Pas Padang Terap.

Wakil Yang Berhormat (YB) Mohd Radzi Md Amin dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Pedu iaitu Encik Yusof Abd Rahman dan Encik Mohd Faiz Osman turut sertai misi bantuan mangsa banjir pada jam 9.30 malam 29 September 2021 bersama- sama Encik Mohd Zulpikeri Ahmad, Lajnah Bencana dan Alam Sekitar Pas Padang Terap.

Mohd Fisol Deraoh wakil JPKK Kampung Kubang Juluk berkata kepada Media PKWR Dun Pedu,

“Kami menghantar bekalan makanan sebanyak 100 bungkus bagi penduduk yang terputus bekalan makanan setakat ini .”

Beliau juga memaklumkan bahawa kebiasaannya hujan akan turun berlanjutan selama dua hari setiap kali musim tengkujuh. Penduduk akan bersiap sedia untuk hadapinya. Manakala kami sebagai wakil penduduk akan menghubungi pihak APAM untuk memindahkan mangsa banjir ke tempat yang selamat seperti surau atau rumah ahli keluarga yang terdekat. Selain itu, bakul makanan asasi juga diberikan kepada setiap keluarga mangsa banjir.

Beliau berkongsi kejadian banjir ,

“hujan turun lebat pada pukul 3 petang menyebabkan paras air sungai naik sehingga empat buah rumah penduduk dimasuki air. Saya segera menghubungi pasukan bantuan bencana. Pihak bantuan bencana tiba selepas waktu maghrib dan mereka berjaya memindahkan empat buah keluarga tersebut ke surau dengan menaiki bot.

“Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang terjejas di kampong ini adalah 25 keluarga. Namun, tiada sebarang kehilangan atau kematian dilaporkan.

“Terima kasih kepada petugas PKWR Dun Pedu, Lajnah Bencana dan Alam Sekitar Pas Padang Terap serta pihak APAM yang datang bantu mangsa banjir kampung kami.
“Laporan terkini kampung di Dun Pedu yang terjejas ialah Kampung Kubang Juluk empat buah rumah, Kampung Kubang Bemban enam buah rumah, Kampung Lubok Perung sembilan buah rumah, Kampung Padang Lalang sebuah rumah, Kampung Kuala Tekai tiga buah rumah dan Kampung Masjid Baru sebuah rumah. Ujar¬†wakil APAM Koperal Mohd Rizal Ali, 45.

“Faktor utama banjir ialah limpahan air sungai yang kecil apabila hujan turun lebat lebih dari kebiasaan.

“Nasihat saya ialah diharapkan semua penduduk jaga keselamatan dan siap sedia hadapi banjir.”, Kata Koperal Rizal.

Pengerusi JPKK Kampung Kubang Juluk Encik Mohd Rosli Deraoh, Penghulu Mukim Tekai Kanan Encik Mohd Ashraf Samsudin turut hadir dalam misi menghantar makanan di Kubang Juluk tengahari ini.