Home Berita PAS Kedah

Petani muda terima mesin rumput dan pam racun elektrik

69
SHARE

SUNGAI LIMAU – ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat, merangkap Naib YDP PAS Kawasan Jerai, menyampaikan sumbangan 20 Mesin Rumput 20 Pam Racun Elektrik kepada petani muda dari pelbagai kampung di DUN Sungai Limau bertempat di Dewan Tuan Guru Hj Othman Al-Yunusi.

Anak muda yang dipilih adalah mereka yang bergantung harap kepada pekerjaan petanian dan mengambil upah “bersih kampung” dalam mencari sumber pendapatan.

Diharapkan dengan sumbangan ini dapat membantu para petani muda dalam mencari rezeki yang halal bagi menyara keluarga tercinta mahupun menjadi tabungan buat masa hadapan.