Home Berita PAS Perak

Pertandingan mewarna sempena kempen Pelancaran PAS Pilihanku 4.0 meriah

130
SHARE

PADANG RENGAS, 26 September: Pertandingan mewarna sempena Kempen Pelancaran PAS Pilihanku Peringkat Negeri Perak telah berlansung dengan meriah, baru-baru ini.

Pertandingan yang di adakan di Dewan Melinium, Lubuk Merbau telah mendapat penyertaan dianggarkan melebihi 250 orang peserta.

Penyertaan yang menggalakkan itu terdiri daripada pelbagai murid di peringkat Pra Sekolah, PASTI, Sek Keb, SRITI At-Taqwa dan SRITI Al-Azhar sekitar Padang Rengas, Kuala Kangsar dan kawasan-kawasan yang berhampiran.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Rengas, Azizi Bin Mohamed Ridzuwan berkata program ini merupakan sebahagian aktiviti pengisian sempena Kempen Pelancaran PAS PilihanKu 4.0.

“Antara tujuan pertandingan ini adalah untuk menjadi platform kepada anak-anak melatih bakat mewarna serta mencungkil bakat terpendam bagi mereka yang boleh melukis dengan baik,” ujarnya.

Pertandingan tersebut terbahagi kepada empat kategori iaitu 3 katogeri mewarna dan 1 katogeri melukis dan mewarna.

Bagi kategori a, mewarna bagi anak-anak berumur 4 tahun melibatkan 20 orang peserta, katogeri b, mewarna bagi murid-murid pasti dan pra sekolah berumur 5-6 tahun dengan lebih 110 orang peserta dan katogeri c pula bagi murid-murid sriti dan sekolah kebangsaan berumur 7-9 tahun terdapat lebih 90 orang peserta.

Manakala katogeri d iaitu melukis dan mewarna bagi murid-murid sriti dan sekolah kebangsaan, tahap 2 (berumur 10-12 tahun), seramai lebih 30 orang peserta yang berdaftar.

Penyampaian hadiah untuk para pemenang dan saguhati disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Mohd Misbahul Munir Masduki diiringi oleh Ust Azizi Bin Mohamed Ridzuwan.

Turut sama meninjau aktiviti mewarna tersebut antaranya Pesuruhjaya PAS Perak, YB Hj Razman Zakaria serta Ketua Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad.