Home Artikel PAS Kedah

Pesta Ponggal : DAP tak perlu melompat

651
SHARE

PESTA PONGGAL : DAP TAK PERLU MELOMPAT

Arahan Kementerian Pendidikan tidak membenarkan pelajar muslim merayakan pesta ponggal sepatutnya tidak menjadi isu besar yang diperdebatkan.

Arahan berkenaan dikeluarkan selepas panel syariah JAKIM, membuat penyelidikan yang rapi dan mendalam berkenaan hukum pesta tersebut malah syarat-syarat yang dinyatakan oleh panel syariah pun jelas dan terang.

Perlu diketahui oleh semua pihak bahawa setiap orang muslim terikat dengan prinsip pegangan tauhid yang benar dan perkara inilah yang sedang dilaksanakan oleh JAKIM dan Kementerian Pendidikan demi memelihara pegangan aqidah umat Islam.

Bagi masyarakat Islam, perlakuan bersyukur sama ada dalam bentuk lisan atau perbuatan hanya kepada Allah dan bersyukur selain kepada Allah dapat menjerumuskan seseorang muslim itu ke jurang kesyirikan.

Hal demikian telahpun dibahaskan panjang lebar oleh SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan dalam siri “Al-Afkar ” kelolaannya.

Lajnah Pendidikan PAS berpandangan DAP tak perlu risau dan melompat dengan arahan larangan berkenaan kerana ia hanya tertakluk kepada para pelajar muslim sahaja dan tegahan itu tidak tertakluk kepada pelajar bukan Islam.

Sekiranya DAP merasakan pesta ponggal tidak mirip kepada perayaan keagamaan, mereka sepatutnya berdialog dengan JAKIM, bukannya mengaitkan pegawai-pegawai di Kementerian dengan istilah ‘deep state’.

Mengaitkan istilah tersebut kepada penjawat awam merupakan satu serangan yang cukup memalukan. Apakah DAP memang suka berseteru dengan penjawat awam sehingga hal pesta ponggal pun hendakmdikaitkan dengan istilah itu.

Justeru, DAP tidak perlu gusar dan bimbang mengenai larangan berkenaan. Serahkan hal ini kepada pemangku Menteri Pendidikan menangganinya. Ini adalah ujian pertama baginya. Biar dia selesaikan.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Sheikh Fakhrurazi
Tim. Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS
Tim. Pesuruhjaya PAS Kedah
15/1/2020