Home Artikel PAS Pusat

Kebangkitan Umat Islam: Satu Gagasan

256
SHARE


KATALOG KARYA TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Siri 3 (Setiap Rabu)


Oleh Mohd Fadli Ghani
https://m.facebook.com/mohdfadlighani


KEBANGKITAN UMMAT ISLAM: SATU GAGASAN, MEDIA ISLAM, KUALA LUMPUR (1402H / 1982M)


Buku KEBANGKITAN UMMAT ISLAM: SATU GAGASAN adalah sebuah karya Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang berasal dari sebuah ucapan beliau dalam satu majlis sempena Sambutan Abad Ke-15 Hijriyah yang diadakan pada 1 Muharram 1400H (1980) di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu. Ucapan bersemangat beliau telah ditranskrip dan diterbitkan sebagai buku pada 1982. Buku ini membincangkan tentang ketibaan abad ke-15 Hijriyah yang dianggap abad kebangkitan Islam. Dengan latar belakang umat Islam yang ketinggalan dan tertindas selepas kejatuhan khalifah pada 1924, umat Islam diseru untuk bangkit semula menegakkan Islam. Mengambil ibrah daripada perjuangan Rasulullah SAW di Mekah yang tertindas dan difitnah, akhirnya hijrah menjadi titik bagi kebangkitan umat Islam sehingga dapat membina daulah.


Penulis menegaskan bahawa kebangkitan Islam adalah bermula dengan taifah-taifah, kemudian membentuk jamaah, sebelum bangkit membina sebuah daulah. Bagi mencapai kejayaan ini, umat Islam mesti meninggalkan semua toghut sebagai mana para Sahabat meninggalkan jahiliyah, termasuk menolak seluruh godaan keduniaan. Umat Islam mesti sedar bahawa perjuangan Islam dipenuhi oleh fitnah dan tuduhan liar, untuk mematangkannya. Sedangkan Allah memerintah supaya orang beriman sentiasa menentang kemungkaran dan tidak boleh kompromi dengan maksiat. Dalam konteks abad baru ini, umat Islam akan berhadapan dengan serangan pemikiran yang dilancarkan oleh musuh Islam. Maka dalam mencapai kejayaan untuk menegakkan Islam, umat Islam perlu berhijrah meninggalkan keburukan kepada kebaikan, supaya akhirnya dapat ditegakkan negara Islam.


MAKLUMAT BUKU:


Nama buku: KEBANGKITAN UMMAT ISLAM: SATU GAGASAN
Penerbit: Media Islam, Kuala Lumpur
Tahun terbit: 1402H /1982
ISBN: Tiada
Kulit: Lembut
Muka surat: 51 ms
Saiz: 21 cm x 14 cm
Status: Langka (nadir)
Sumber untuk rujukan: Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam


MOHD FADLI GHANI
Institut al-Balaghul Mubin
18 Jamadil Awal 1441
15 Januari 2020