Home Kenyataan Media PAS Perlis

Ustaz Yussaine Dibenarkan Pulang

1327
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS NEGERI PERLIS
USTAZ YUSSAINE DIBENARKAN PULANG

 

1. Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis ingin memaklumkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Perlis, Ustaz Yussaine Yahya, telah dibenarkan pulang hari ini setelah beberapa hari mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

2. Keadaan kesihatan beliau kini bertambah baik, namun atas permintaan daripada ahli keluarganya, semua pihak diminta agar tidak melawat beliau buat masa ini sehingga dimaklumkan kelak.

3. PAS Perlis serta seluruh ahli keluarga Ustaz Yussaine merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan beliau.

YB MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis
15 Januari 2020M | 19 Jamadilawal 1441H